Thursday, April 28, 2011

HUJAN BANTUT PEMBINAAN

Hujan  yang turun hampir setiap hari sepanjang tiga minggu yang lalu sedikit sebanyak telah melewatkan pembinaan di tapak. Tapak pembinaan di dapati becak teruk akibat hujan yang turun hampir setiap hari semenjak 3 minggu yang lalu. Ini membantutkan kerja-kerja penambakan tanah bagi meninggikan platform tingkat bawah bangunan.

Mesyuarat tapak hari ini dimaklumkan kontraktor lewat 4.32 % dari jadual sebenar. (jadual 35.41, sebenar 31.0)  Setakat ini kontraktor telah menyiapkan  hampir separuh dari ground beam dan sebahagian retaining wall. Mesyuarat hari ini turut dihadiri oleh Wakil JPN, PPD, IAB  dan semua konsultan.

Tuesday, November 2, 2010

KPM LANTIK KONTRAKTOR LAMA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melantik semula AHM Industries Sdn. Bhd.untuk melaksanakan projek SMK Seri Layang yang terhenti semenjak 2008. Walaubagaimanapun tarikh milik tapak yang sepatutnya pada 13 hb Oktober 2010 terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian disebabkan isu  jalan masuk yang belum selesai.

AHM Industries Sdn Bhd merupakan kontraktor yang telah dilantik oleh KPM pada tahun 2008 sebelum projek ini terpaksa dihentikan seketika di atas sebab-sebab teknikal.

Sementara itu KPM yang diketuai oleh SUB telah turun padang ke Institut Aminudin Baki (tapak projek) pada 28 hb Oktober 2010 untuk menyelesaikan isu jalan masuk yang menjadi salah satu masalah utama projek ini.